Monday, 11 July 2016

PERANGI KANSER HATI (HEPATOCELLUCAR CARCINOMA)

PERANGI KANSER HATI (HEPATOCELLUCAR CARCINOMA)

Punca kanser ini ialah : jangkitan virus hepatitis B, diet yang salah terutamanya makanan yang dibakar (smoked food) seperti ikan bakar, sate dan sebagainya. Disamping itu makan lain seperti sosej, burger, merokok, pengambilan alkohol dan banyak lagi.

Perubatan Nabi menyediakan PENAWAR untuk penyakit ini.. Dibawah ini disenaraikan 5 langkah mudah untuk menghapuskan sel-sel kanser hati ini.

PERTAMA ( keyakinan )

Yakin bahawa penyakit ini diturunkan oleh Allah swt dan Allah swt PASTI turunkan juga PENAWARNYA. Sentiasa perbaharui keyakinan ini SETIAP HARI dengan menyatakan kepada diri sendiri ataupun menulis di kertas bahawa penyakit kanser ini akan sembuh dalam sedikit masa lagi. Sekiranya anda tiada keyakinan ini maka lupakan saja langkah kedua hingga kelima yang akan anda baca di bawah ini.

KEDUA ( amalan soleh )

- sentiasa dalam keadaan berwuduk
- solat fardhu di awal waktu
- membaca sekurang2nya satu juzu Al- Quran setiap hari
- menghembuskan bacaan AlFatihah pada SETIAP makanan dan minuman yang akan dimakan/minum.

- zikir SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WA LA ILAHA ILLALLAH WALLA HU AKBAR (200 kali),
SELAWAT (200 kali) dan
ISTIGHFAR ( 200 kali) SETIAP HARI


- sedekah SETIAP HARI walaupun sekurang2nya RM 0.10.
- puasa pada SETIAP Isnin dan Khamis.
- solat TAHAJJUD SETIAP HARI

KETIGA ( pemakanan sunnah )

- minum air rendaman DAUN INAI segelas setiap pagi (perut kosong)

- sarapan dengan TALBINAH yang ditambah dengan buah tin sebiji, buah kurma sebiji dan 7 biji kismis hitam atau kuning.

- makan tengahari SUP BARLI berlaukkan sayur2an yang dimasak dengan MINYAK ZAITUN

- makan malam dengan LEMPENG BARLI berlaukkan sayur2an yang dimasak dengan MINYAK ZAITUN. Semua jenis sayur2an dibenarkan KECUALI bayam, ubi kentang, bendi, peria, terung, kobis dan bunga kobis.

- amalkan pengambilan lebihan sayuran seperti buah kundur, labu cina, lobak merah, lobak putih, ubi keledek, timun dan ubi bit (beetroot). Selang seli semua syur2an ini.

Minuman terbaik ialah AIR BARLI samada panas atau sejuk tanpa APA-APA PEMANIS (Ingat !!! GULA adalah makanan untuk pembesaran dan pembahagian sel-sel kanser)
Disamping minuman Barli, minuman jus BUAH TIN, jus BUAH DELIMA dan jus TIMUN juga boleh diminum berselang seli dengan air BARLI.

BERHENTI SEGALA MINUMAN DALAM TIN ATAU KOTAK. BERHENTI SEPENUHNYA TEH, KOPI, NESCAFE, MILO, HORLICKS DAN SEBAGAINYA.

BERHENTI SEPENUHNYA BERAS PUTIH, GULA PUTIH, TEPUNG GANDUM (SEMUA MAKANAN & KUIH MUIH DIPERBUAT DARI TEPUNG GANDUM),

BERHENTI SEPENUHNYA PROTEIN HAIWAN, MINYAK SAYURAN, ACAR, MAKANAN MASIN, DAN SEMUA MAKANAN DALAM TIN DAN DALAM BUNGKUSAN.

KEEMPAT ( herba )

Ada SEMBILAN BELAS jenis herba yang dicadangkan oleh Ibnu Sina dalam kitab agung beliau AL QANOON FIT TIBB yang bertindak seperti ejen kemoterapi untuk membunuh sel-sel kanser tetapi tidak membunuh sel-sel normal seperti ubat kemoterapi moden ( contoh nya DOXORUBICIN atau VINCRISTINE ).
Herba-herba tersebut termasuklah Frankincences, dried hena leaves, Rehan seeds, Pormegranate rind, dill seeds dan banyak lagi (sembilan belas jenis kesemuanya).
Campuran semua herba-herba ini perlu diambil satu sudu kecil TIGA KALI SEHARI ( setiap 8 jam )

KELIMA ( bekam )

Bekam 8 titik dibelakang badan dan di bahagian abdomen atas kanan setiap 2 minggu selama 3 bulan mampu memaksimumkan dan mempercepatkan proses penyembuhan kanser ini.
KESEMUA lima langkah ini sekiranya diikuti selama TIGA BULAN dengan disiplin yang sangat tinggi dijamin (Insha Allah) akan membunuh KESEMUA sel-sel kanser ( tidak kira samada kanser tahap 1, 2, 3 atau 4 )dalam tubuh dan memberikan kesembuhan sepenuhnya kepada pengidap kanser hati (dan juga apa-apa jenis kanser lain). Kesemua langkah diatas telah dijalankan dan memang terbukti berkesan.

 Wassalam

Dr Hj Noorul Amin Hj Abdul Rahman
MD (UKM)
Pengarah
Beyond Medicare Sdn Bhd
www.doktorkidney.blogspot.com

No comments:

Post a Comment